Sunday, September 6, 2009

"Kerinduan" Setiap Pasangan "



Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan,
setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana,
kerana CINTA mereka telah berpadu dalam satu ikatan,
tetapi sebenarnya ‘cabarandugaan hidup’ yang lebih mencabar sedang menanti...

Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai,
ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.
Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula ‘cabaran-dugaan-masalah’.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab,
ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!
Hanya pasangan yang tabah, sabar,
berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut
dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat...
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang,
karam dan lemas...
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...
Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat...
Dan berhati-hatilah mencari penasihat,
kerana TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.
Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga),
‘ perkahwinan itu sendiri’ “mengambil
masa” untuk ‘proses penyesuaian’ antara lelaki dan wanita.’
Selagi kita tidak tinggal sebumbung,
jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat,
mereka perlu mengenali pasangan mereka
sebelum menikah...
Dengan kata lain "bercinta dulu..."
Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.
Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...
Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...
Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...

Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...
Semuanya terletak kepada ANDA, ‘suami dan isteri’,
bagaimana mengemudikan bahtera
rumahtangga tersebut…
Setiap pasangan meng’impi’kan pasangan
yang akan memenuhi naluri atau impian mereka.
Aku juga tidak terkecuali dengan impian itu...
Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan,
aku meng’angan’kan suami yang BERIMAN,
bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir la, bertanggungjawab,
sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-ansur,
persefahaman, cemburu dan jenaka.
Sebaik cincin disarung ke jari manisku,
ingin saja aku berbisik kepadanya,
“Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia,
semaikan keiman kepadaku dan anak-anak,
bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman,
belailah dengan tolak-ansur,
renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu...”

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...
Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan,
Aku mahu keluarga bahagia.
Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia.
Tahukah kalian, rumahtangga bahagia ‘tidak ujud’ hanya dengan kata-kata...
Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...
Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...
Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori).
Ilmu bukan setakat teori sahaja,
tetapi untuk di praktikkan!

Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal
Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni
adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...
kerana aku berpendapat,
keharmonian itu bermula dari rumah...
Rumahku, Syurgaku.

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara,
kekadang bersopan-santun,
kekadang tunjukkan ketegasan..
Ingatlah perpatah ini
LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS...”
Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja,
kerana waja itu masih boleh di tempa...
Jangan kau jadi sekeras batu…
kerana batu tidak mudah untuk dibentuk...
Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu..

Kebanyakan lelaki dambakan wanita ‘cerdik’...
Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..
tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak,
Cerdik dalam ‘argument’ dan lojik….
Jangan hanya jadi ‘pak turut’…
Wanita pula dambakan lelaki yang ‘ alert’...
Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...

Jangan biarkan masalah menjadi ‘api dalam sekam...’
Bila parah, baru hendak bertindak...
Saat itu mungkin sudah TERlambat,
kerana ‘sekam' telah menjadi abu dan tidak dapat
diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri,
taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah
dan RasulNya...

Wahai lelaki yang dipanggil suami,
jangan engkau menyusahkan isterimu,
selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu,
Allah dan RasulNya...

‘Beriman dan bertanggungjawab’ memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut “suami” sahaja, atau “isteri” sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri.”

Itu la taarif “perkongsian hidup”...
Peranan kedua-dua.
”Kongsi kasihsayang, tanggungjawab,
kesetiaan dan seribu macam
yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama ‘suami dan isteri...’
‘Teori’ jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...

TETAPI kedua-dua pihak
WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...
menunjukkan’ di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan
TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL
Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang.
Isteri WAJIB ber i peringatan...
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...
Aku ingin berpesan kepada wanita,
sebagai isteri,
jangan sesekali gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita,
katakan, ‘Allah lebih marah perbuatanmu...’
Dan, katakan ‘kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...’

Jika suami itu seorang yang beriman,
pasti dia akan tersedar dan ber’terima kasih’
kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego,
pasti terdapat bantahan...
Biarkan dia berbantah...
Sekurang-kurangnya,
tanggungjawab kita sebagai isteri
untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...
Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai suami, didiklah isteri dan anakanakmu,
kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti,
egkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu…”

Suami dan isteri adalah watak utama
dalam pentas rumahtangga
dan mereka perlu “berganding bahu” dengan utuh
untuk membentuk ‘keluarga bahagia...’
Jangan sesekali ‘suami’ menunding kepada ‘isteri’
atau ‘isteri’ menunding kepada ‘suami’
bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian,
kerana jika salah seorang mereka ‘sedar’ terjadi kelalaian tersebut,
kenapa tidak ‘diberi peringatan’ kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...
Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut,
tetapi ‘tegas’ atau ’keraskan’ suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan ‘dia’ mempermainkan perintah Allah SWT!
Alam perkahwinan itu ‘amat manis’...
semanis berbulan madu,
tetapi menjadi ‘amat pahit’...sepahit hempedu,

Jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya
seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...
Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu,
suami/ayah yang ‘perfect’...tetapi memadai,
“tanggungjawab” kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...
Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..
HAK isteri dan HAK suami...
Dan pesanan terakhir,
Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai,
kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu
tidak merehatkan rohani dan jasmani…
kerana bimbang jikalau di taqdirkan Allah...
pasangan anda meninggal dalam tidur...

No comments:

Post a Comment