Monday, September 7, 2009

5 ELEMEN CINTA SEJATI

1. KIMIA CINTA

Baru pertama kali bersua dan berbicara, tetapi hati sudah bertaut dan bergetar? Memandang wajahnya saja sudah cukup membahagiakan kamu. itulah yang dimaksudkan dengan "kimia cinta".
PERNAHKAH KAMU RASAKANNYA?
Pernahkah kamu jatuh cinta pandang pertama? Memandang wajahnya saja sudah cukup menggegarkan dada. Itulah yang dimaksudkan dengan "cinta kimia". Elemen ini kirag logik, rasional dan sering terjadi diluar kawalan kita. Situasi ini biasanya boleh membuatkan hubungan berjalan lancar ataupun terputus dipertengahan jalan. Eleman ini boleh mendorong kamu kearah lebih primitif yang membuatkan kamu berdua lebih dekat lagi. Tidak seoranh punyang mampu melawan perasaan seperti ini. Bolehkah elemen ini menjurus kepada nafsu? Ya! Tarikan seksual selalunya boleh menjadi agak dahsyat. Namun jika ianya tidak dianggap sebagai tarikan seksual, tentu saja kamu mahu mengetahui tentang sidia dengan lebih dekat lagi.

2. KESESUAIAN

Berusaha mengetahui siapakah pasangan kita merupakan rahsia yang paling penting dalam sesebuah perhubungan.
BERAPA BANYAK PERSAMAAN KAMU DENGAN DIA?

Sebenarnya dalam hidup seseorang mempunyai nilai budaya dan cara hidup yang berbeza, tetapi sering kali tidak menyedarinya. selalunya persefahaman dan keserasian akan wujud apabila sudah lama kenal dan mendalami hati budi masing-masing. Selalunya apabila hubungan sedang terjalin, barulah kita akan mengkaji siapakah pasangan kita walaupun tidak menyeluruh. Berusaha mengetahui siapakah pasangan kita merupakan rahsia yang paling penting dalam sesebuah perhubungan. Salah satu penyebab mengapa sesebuah hubungan itu boleh terputus dipertengahan ialah apabila tidak mencari penyesasuaian yang wujud diantara kita dan sidia.


3. PERKONGSIAN MATLAMAT

Jangan meletakkan harapan setinggi gunung dan katakan janji-janji yang tidak semestinya akan dikotakan.
BERAPA BANYAK KAMU DAN SIDIA BERKONGSI MATLAMAT?

Di saat kamu dan sidia merancang untuk menjalinkan hubungan yang lebih intim, mesti saling berbincang untuk sama-sama berkongsi matlamat dan membuat pelbagai perancangan. Jelas sekali kamu berdua mahukan kebahagiaan yang mutlak. Namun begitu pastikan matlamat dan perancangan itu bukan yang terlalu besar, bosan ataupun kongkongan. Jangan meletakkan harapan setinggi gunung dan katakan janji-janji yang tidak semestinya akan dikotakan. Namun begitu, merancang masa depan boleh memotivasikan diri sendiri agar lebih berjaya dan ada peningkatan. Ianya juga mewujudkan sikap saling bekerjasama, berkompromi dan persefahaman. Tetapi pernahkah kamu dan sidia saling bertikam lidah mahu menegakkan pendapat sendiri?
Jika ya, sebenarnya ia merupakan perkembangan yang sihat, namun jangan pula sampai tercetus 'perang dingin' pula.

4. LANGKAH SEIRINGAN

Setiap orang memiliki sikap untuk bertindak dengan cara yang tersendiri. Jika ada masalah, bagaimana cara kamu dan si dia menyelesaikannya? APAKAH KAMU DAN SI DIA 'BERGERAK' DENGAN KEPANTASAN YANG SAMA?

Kamu dan ia saling jatuh cinta, mempunyai banyak persamaan serta tujuan yang sama tetapi mengapa selalu berhadapan dengan pelbagai masalah? Mungkin kerana jua langkah kamu berdua tidak seiringan dan berjalan sama lancar. Sikap berlumba-lumba ataupun tidak endah antara penyebab masalah yang dihadapi. Setiap orang memiliki sikap untuk bertindak dengan cara yang tersendiri. Jika ada masalah, bagaimana kamu dan dia menyelesaikannya? Adakah kamu dan dia bersikap lewa ataupun saling bekerjasama menangani masalah tersebut? Antara kepantasan yang kamu dan si dia boleh kecapi bersama ialah punya persamaan sikap dalam pekerjaan, sama cara berfikir dan stail berbicara dan sering membuat perkara-perkara yang baru.

5. MASA

Ada waktunya kita inginkan perhubungan yang berpanjangan. Namun ia menjadi kurang tepat kerana beberapa faktor... ADAKAH KAMU DAN SI DIA BERADA DALAM TAHAP YANG SAMA?

Meskipun kamu telah memiliki empat elemen seperti yang disebutkan, soal masa saja kurang tepat, lupakan saja! Sekarang ini, kamu dan si dia ditahap mana? Ada waktunya kita inginkan perhubungan yang berpanjangan. Namun ianya menjadi kurang tepat kerana beberapa faktor seperti baru saja putus cinta, sedang serius dalam karier, mempunyai masalah yang masih belum diselesaikan dan kehidupan masih terumbang-ambing. tak kiralah faktor tersebut dari pihak kamu ataupun sidia. Jika ianya dari sidia, kamu harus memberinya masa untuk menyelesaikannya danmemberi semangat untuk si dia kembali pulih. jangan terlalu menekan, memaksa ataupun menuduh keterlaluan. Ianya akan membuatkan si dia lebih memandang kamu sebagai 'musuhnya' pula.

No comments:

Post a Comment