Tuesday, September 29, 2009

Keikhlasan Dalam Kegiatan Harian

Pernahkan kamu mengalami kedua-dua situasi seakan sama dengan ini:-

Situasi 1
Kamu perlu menyiapkan kerja yang penting dalam masa yang singkat. Terlalu banyak fakta penting perlu diambil kira. Tapi setelah ianya siap, kamu mendapati terdapat beberapa data penting tertinggal atau kamu tersilap dalam beberapa perkara atau data kurang lengkap atau kamu membuat sambil lewa tanpa mengetahui kamu telah melakukan kesilapan.

Situasi 2
Kamu diberikan masa yang panjang untuk menyiapkan tugasan. Kamu mengumpul dan mengenalpasti data-data yang terlibat dan menyemak beberapa kali bagi memastikan kamu tidak tertinggal data atau tiada kesilapan berlaku. Kamu berpuas hati dengan kerja kamu setelah melalukan dengan penuh perhatian dan teliti.

saya yakin semua orang pernah mengalami situasi ini. Situasi 1 adalah situasi dimana kamu membuat kerja terlalu tergesa-gesa, pening, berserabut, marah dan sebagainya. Adakah kamu ikhlas melakukannya? dan bagaimanakah hasilnya?

berbanding situasi 2, kamu melakukan dengan tenang, sabar, tekun, teliti dan sebagainya. Kamu menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga kamu untuk membuat yang terbaik. Adakah Ikhlas wujud dalam situasi ini? bagaimanakah hasilnya?

Sudah tentu hasil situasi 2 lebih baik, keikhlasan yang tinggi wujud dan kepuasannya juga tinggi. Itulah hakikatnya kehidupan kita. Sebenarnya, walaupun dalam situasi 1 juga boleh menghasilkan hasil yang hampir menyamai situasi 2. Kenapa? sebab kamu perlu mewujudkan keikhlasan kamu dalam setiap situasi tersebut. Jika wujud keikhlasan dalam kegiatan harian kamu, maka hasil yang diperolehi juga memuaskan.
Tapi jika kamu seorang yang menepati masa, maksudnya kamu memulakan sesuatu dengan awal, tenang dan ikhlas. Tidak kira walau situasi itu macam mana sekalipun, sudah tentu inaya akan memberikan pulangan yang betul-betul dapat memuaskan hati kamu. Sebab jika kita melakukan sesuatu tanpa bertangguh, sebenarnya masa yang diperlukan juga cukup. Sebab "Masa itu emas". Gunakan masa kamu sebaik-baiknya makan kamu akan mendapati ianya bebaloi.
Begitulah keadaan dalam setiap kegitan harian kita. Perlukan keikhlasan dalam membuat sesuatu, makan semua faktor-faktor positif akan wujud seterusnya menghasilkan hasil yang baik. Keadaan solat kita pun begitu. Cuba fikirkan, solat diakhir waktu dengan di awal waktu yang mana lebih baik? sudah tentu diawal waktu sebab kita akan buat dengan hati yang betul-betul ikhlas dan tenang bukan? Jadi fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment