Saturday, September 5, 2009

GAMBARAN BALASAN AZAB BERKAITAN DENGAN SOLAT

Dalam peristiwa Isra' Mi'raj Rasulullah s.a.w. bukan sahaja diperlihatkan tentang
gambaran balasan baik tetapi juga balasan-balasan buruk. Balasan siksa akan dihadapi oleh orang-orang yang menderhaka kepada Allah seperti meninggalkan sembahyang.
1. Mengenai balasan orang yang meninggalkan sembahyang: "Rasulullah diperlihatkan pada suatu kaum yang menghentak kepala mereka pada batu. Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan asal dan mereka tidak berehat daripada melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya:" Siapa ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepala untuk menunaikan sembahyang fardhu". ( Riwayat Tabrani )

1. Orang yang meninggalkan sembahyang akan dimasukkan ke dalam Neraka Saqar.
Firman Allah s.w.t. bermaksud: "(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata):"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka ( Saqar ) ?". Orang-orang yang bersalah itu menjawab: " kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang." ( Ayat: 42-43 Surah Al -Muddassir )
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
alam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja
mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir
waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya). Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan
tersebut.
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda “Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail”.

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas “Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya”.
alam hadis yang lain Rasulullah bersabda “Sesiapa yang mengumpulkan
dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah
memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar”. (Riwayat Al-Hakim)

SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di
alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama “Sujaul Aqra” dan ular itu berkata:
“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.”
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU
idalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya adalah
ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.

alam hadist Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih besar dosanya dibandingdengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.Dalam hadist yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun.Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akherat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya? Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang bod*h? Orang yang bod*h adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
BAHANA MENINGGALKAN SOLAT
Barangsiapa yang (sengaja) meninggalkan solat fardhu lima waktu :-
Subuh - Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)
Zuhur - Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar - Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah
Maghrib - Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.
Isyak - Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."
Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
a. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
b. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
c. ia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
a. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
b. ia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
c. (su'ul khatimah)
d. ia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh
a. ia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
b. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
c. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
d. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
a. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
b. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
c. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

JIBRIL A.S telah menemui NABI MUHAMMAD S.A.W dan berkata-
"Ya MUHAMMAD!..
Tiada diterima daripada orang yang meninggalkan solat iaitu
PUASAnya,
SEDEKAHnya,
ZAKATnya,
HAJInya
dan AMALANnya.
Orang yang meninggalkan solat akan diturunkan kepadanya tiap2 hari dan malam seribu laknat dan seribu murka.
Sekalian MALAIKAT di tujuh petala langit akan melaknatnya.
Ya MUHAMMAD!..
Orang yang meninggalkan solat tidak akan mendapat SYAFAAT mu dan tiada ia tergolong dari umat mu.
Tidak boleh diziarahi ketika ia sakit,
tidak boleh mengiringi jenazahnya,
tidak boleh beri salam pada nya,
tidak boleh makan minum dengan nya,
tidak boleh bersahabat dengan nya,
tidak boleh duduk serta nya,
tiada AGAMA bagi nya,
tiada kepercayaan bagi nya,
tiada pada nya RAHMAT ALLAH,
dan ia bersama dengan orang MUNAFIKIN pada lapisan NERAKA yang paling bawah ( yang sangat AZAB )......

-Sabda NABI MUHAMMAD S.A.W "Perjanjian (perbezaan) diantara kita (orang islam) dan mereka (orang kafir) ialah SOLAT, dan barangsiapa meninggalkan SOLAT sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (Hadis Riwayat Imam Al Tarmidhi)

15 AZAB BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
6 azab di dunia:
1. ihilangkan keberkatan umurnya
2. Terhapus tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. Segala amalannya tidak dikurniakan pahala
4. oanya tidak dimakbulkan oleh Allah
5. Tiada doa daripada para solehin untuknya
6. Keluar roh daripada jasadnya tanpa iman
3 azab ketika hampir mati:
1. Kematiannya penuh kehinaan
2. Kematiannya di dalam kelaparan yang amat hebat
3. Kematiannya di dalam kehausan yang amat dahsyat

3 azab ketika di dalam kubur
1 Kubur menghimpitnya sehingga berselisih tulang rusuknya
2. inyalakan api di dalam kuburnya, lalu dia dibalik-balikkan di atas api tersebut
3. Datanglah seekor ular bernama Syujja’ul Aqra’, suaranya laksana petir, ia berkata “Hai manusia!Sesungguhnya aku diperintahkan menyiksa kamu dari Zohor hingga Asar kerana kamu meninggalkan fardhu Zohor, dari Asar hingga Maghrib kerana kamu meninggalkan fardhu Asar”, begitulah seterusnya dan azab ini berkekalan sehingga hari Qiamat.

3 azab ketika bertemu Allah s.w.t:
1. atanglah Malaikat dengan rantai sepanjang 70 hasta lalu membelenggu lehernya dan disumbat ke dalam mulutnya kemudian disentap keluar rantai itu melalui duburnya, lalu diseret ke Neraka Saqar.
2. Tiada rahmat Allah dan tiada keampunan untuknya
3. Baginya azab yang amat pedih
Nauzubillahiminzalik….

2 comments:

  1. Sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita agar kita sama-sama ditempatkan dengan orang yang soleh... Amin

    ReplyDelete
  2. ya allah.. dasyatnya balasn org yang tim\nggal solat ni.. subhanallah !! marilah kita banyakkan amal ibadat kita agar hidup kita diberkati olehNya

    ReplyDelete