Tuesday, September 1, 2009

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayaun

Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak
memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan
mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan
wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal
setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh.
Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut,
tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.
Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan
yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta '
minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi
seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya
kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa
ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar
patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan
kulit.

Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan
gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk
untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut
tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke
seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur
dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang
tapi kemas.

Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari
berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah
jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan
jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng
(senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan
cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila
panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan
bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut
bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi
untuk tujuan baik.

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila
keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan.
Pulang seawal mungkin.

Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari
merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang
lain.

* Tamat *

No comments:

Post a Comment