Tuesday, September 1, 2009

ANTARA EMAK DAN ISTERI (Harap kita dapat sedikit pengajarannya)

Jika di tanya antara Emak & isteri, sebagai lelaki sudah tentunya kita akan lebih memilih ibu sebagai keutamaan namun tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri wajib dilaksanakan kerana syurga dibawah tapak kaki ibu..

Saya tertarik soal ini kerana perkara ini pernah berlaku pada arwah ayah saya dahulu perkahwinan dia dgn ibu saya tidak mendpt restu dari parentsnya namun dgn semangat dan azam serta doa dgn Izin Allah, mereka selamat diijabkabulkan walaupun family ayah saya tidak menyukai ibu saya.

Ibu saya kacukan Cina + Pakistan.. namun ayah saya juga kacukan Melayu + Belanda.. tapi masing2 ada kedudukan sendiri..& waktu itu ibubapa mereka saling bermusuhan tak tahu kenapa dgn semangat cinta ayah saya terhadap ibu saya lahirlah 5 cahaya mata tapi dua darinya meninggal dunia. walaupun ibu saya banyak terluka dgn sikap family ayah saya, dgn dorongan & semangat ayah, ibu tabah pelbagai tohmahan ibu terima namun ayah tetap setia pada ibu walau bagaimanapun ayah saya tak pernah menderhakai ibunya. Perkahwinan merekapun atas pujuk rayu ayah kadang2 tersentuh juga hati ibu apabila ayah tak pernah memarahi parentsnya ketika ibu di lemparkan kata2 nista. ayah tetap berdiam diri dan memujuk ibu bersabar. dgn hati yg suci, ayah tetap tidak pernah meninggikan suara terhadap parentsnya. ayah mempunyai 13 adik beradik dan merupakan anak kedua... ayah saya mempunyai pelajaran tinggi akan tetapi ayah lebih bertanggungjawab terhadap keluarga berbanding dgn abang adik beradiknya yg lain.. ayah berusaha gigih menolong menaikkan taraf hidup keluarganya dan juga ibu... setiap kali nenek jatuh sakit (ibu kpd ayah), ayah cepat2 pergi melawatnya walaupun ketika itu ayah uzur... jarak rumah nenek dgn rumah saya hanya 200 meter sahaja.

Sepanjang saya dilahirkan, tak pernah ayah memburukkan parentsya... ayah hanya mendiamkan diri.. ketika rezeki ayah datang bercurah2, ayah tak pernah melupakan nenek & familynya... apapun nenek hendak, ayah akan turutkan.. ayah bagi duit sama rata walaupun nenek seorang yg kaya kerana datuk saya seorang Arkitek.. ayah selalu berterus terang jumlah duit yg telah dia serahkan kpd ibu & jumlah kepada nenek.. ayah tak pernah merahsiakannya...

Walaupun kadang2 ibu saya terasa dipinggirkan, ayah cepat2 menghiburkan hati ibu... hari2 saya terdengar ayah membisikkan pada ibu bahawa dia menyintai ibu & tidak akan meninggalkan ibu walau apapun terjadi.

kadang2 saya lihat ayah tak pernah memikirkan diri sendiri kerana asyik berkorban utk nenek & ibu... ayah tak pernah memikirkan kemewahan utk diri sendiri apatah lagi utk enjoy bersama rakan2nya..baginya.. selagi hayat dikandung badan.. jasa terhadap org tua mesti diutamakan kerna dia tidak tahu bila dia akan di jemput tuhan...

Ayah seorang yg baik.. dia sering bertindak bijak sekiranya ada pertelingkahan yg berlaku... pernah disatu ketika sewaktu umur saya 11 tahun, nenek menyuruh ayah berkahwin dgn gadis pilihan nenek tapi ayah berterus terang bahawa dia tidak sanggup memikul bebanan yg berat & tidak sanggup pula berlaku tidak adil suatu hari nanti.. dan ayah tidak mahu di soal jawabkan ketika mati dan menanggung segala dosa..kata ayah cukuplah kehidupan begini yg telah teruji.. Kata2 ayah membuatkan nenek mendiamkan diri... apa yg ayah mampu hanyalah memilih ibu sebagai teman hidupnya sehingga mati... ayah menolak dgn baik..

Namun alhamdulillah saya dikurniakan seorang ibu yg berjiwa kuat dan menerima dgn hati yg tabah.. suatu hari dgn berkat doa ayah.. nenek berubah... nenek selalu bertandang kerumah kami.. namun disaat kami ingin melihat kegembiraan yg hadir setelah 30 tahun dinantikan selama ini...ayah telah dijemput oleh Allah S. W. T... betapa sedihnya kami sekeluarga.. nenek pengsan beberapa kali setelah dengarnya.. manakala ibu pula memelukku dgn erat dan menangis... apa yg paling kami terkejut, pemergian ayah sempat ayah melafazkan 2 kalimah syahadah dgn wajah tersenyum.. dan berseri2 seolah ayah tak mati.. kemudian keluar buih2 halus dari mulutnya dan berbau kasturi.. semua pengziarah yg hadir menyebut

ALHAMDULILLAH...PEMERGIANNYA SUNGGUH TENANG.....

Namun ibu benar2 seorang yg tabah.. dia menerima itu sebagai dugaan. sewaktu ayah dikafankan, wajahnya tenang tanpa setitik airmata pun.. ibu banyak memujuk kami bersabar menerima dugaan itu. setelah seminggu ayah dikebumikan, nenek pula meninggal dunia. alangkah peritnya menerima ini semua sebagai lumrah kehidupan.. mungkin kerana ayah bertindak adil..pemergiannya sungguh menyenangkan kerana dia tak pernah menderhakai ibunya... di harap saudara dpt sedikit sebanyak pengajarannya...

- AL-FATIHAH -

sesungguhnya mata yang tidak pernah menangis takutkan Allah dan neraka itu adalah disebabkan oleh hati yang beku

SESUNGGUHNYA REDHA ALLAH, ADALAH REDHA IBUBAPA

**Petikan dari email yang diterima**

No comments:

Post a Comment