Wednesday, August 26, 2009

Petua mengatasi kepenatan

Dalam menguruskan kehidupan seharian, kita terpaksa menghadkan aktiviti
akibat kepenatan. Kepenatan juga menjadi halangan kepada kita untuk
mempertingkatkan amal ibadah. Kepenatan juga menjadi alasan yang kukuh
bagi
kita untuk mengelakkan dari membuat kerja-kerja amal kepada masyarakat.

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada
dirumah
mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah
s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya.


Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu
Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling
gandum
untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang memb! awa balik tawanan perang. Berjumpalah dia
dan
mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:

"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa
yang
kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua
daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)
dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup
seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan
senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

No comments:

Post a Comment