Wednesday, August 26, 2009

DIDIKKAN PERIBADI & KEHIDUPAN DUNIA

Rasulallah S.A.W memperlihatkan anak-anak sebagai kupu-kupu syurga melalui
hadisnya,membuktikan kupu-kupu memanglah sejenis kehidupan yg indah dan mempersonakan mata sehingga di tamsilkan kepada Syurga.
Oleh yg demikianlah angapan islam terhadap anak-anak yg belum dipalit oleh dosa, mrk perlu dipelihara dan di asuh dlm suasana yg amat sempurna. agar sayapnya nanti kuat dan tidak mudah berderai dan indahnya terus menawan sepanjang kehidupan.
Ajaran islam bermula sejak seseorang anak atau kupu-kupu syurga itu dlm kandungan lagi.Bahan sewaktu belum bergelar janin lagi.Hal ini dapat dilihatkan pada prinsip-prinsip agama tentang perkahwinan dan pentingnya memelihara keturunan.Memelihara keturunan adalah salah satu drpd lima prinsip yg dirumuskan oleh usul fiqh tentang hukum syariat dan hukum-hukum islam :-
1) Terpeliharalah Jiwa
2) Terpeliharanya Agama
3)Terpeliharanya Keturunan
4) Terpeliharanya akal
5) Terpeliharanya Harta
Dan Rasulallah S.A.W bersabda:-
"Carilah org asing yg bukan kerabat utk dikahwini supaya tidak
membuat anak-anakmu (yg bakal lahir) lemah"
Berdasarkan hadis ini nyatalah pertemuan dua benih yg tidak langsung saling berkait ,bakal melahirkan kupu-kupu syurga yg kuat dr aspek fizikal mahupun mental.
Anda juga asalnya anak,kanak-kanak dan kemudiannya gadis .Ini bermakna anda juga termasuk dlm gelaran kupu-kupu syurga.Cuma apakah anda dapat mengekalkan gelaran itu walaupun pada detik ini telah pun bergelar remaja sunti,pemudi,isteri,janda bahkan mungkin nenek...
Peluang anda utk terus menjadi kupu-kupu syurga tetap ada krn Allah telah memanjangkan usia anda hingga ke hari ini.Lihatlah betapa kasihnya Allah kpd anda..Itupun kadang-kadang Allah masih membuka peluang kpd anda utk menjadi lebih baik drpd sekadar kupu-kupu di syurga apabila menemuinya kelak


Dunia diketahui sebagai tempat tinggal seketika,sementara sahaja
atau cukup sebentar.Sekadar utk meletakkan kepala bagi yg dlm kepenatan.Dan apa bila tenaganya telah pulih ia akan bangkit dan berjalan pergi.Ia adalah tempat persingahan bagi seorang musafir yg sedang berjalan dlm perjalanan yg jauh.
Sesuai dgn sifatnya yg begitu manusia sebagai makhluk yg paling cerdik di atas muka bumi.Ia sebenarnya menipu dan memperdaya .Golongan yg paling mudah tertipu dan terpedaya oleh dunia ini adalah wanita drpd yg bergelar gadis, isteri, ibu malah srikandi.
Setiap manusia di dunia ini adalah ibarat kupu-kupu yg sedang bermusafir di tengah-tengah sebuah taman,saujana dipandang indah lagi menakjubkan.Ramai manusia kecundang krn keindahan yg ditemuinya di tmn itu. Namun tidak kurang juga yg berjaya melepasi godaan begitu sehingga sampai ke taman sebelah sana yg nyata lebih indah lagi menawan serta kekal keindahannya.
Jesteru itu Allah menurunkan agama islam utk memandu kehidupan manusia dan wanita seluruhnya agar mrk dapat mengecapi nikmat hidup kekal abadie di akhirat kelak.Seorang wanita terutama yg brgelar isteri cukup mudah utk memasukki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah utk di lemparkan ke dlm neraka segalanya bergantung pada pegangan agamanya.
Peringatan Allah Ta'alla dlm firmannya:-
1)Kehidupan dunia hanyalah sementara sekadar mainan dan senda gurau.
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain senda gurau belaka dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi org-org yg bertaqwa .Maka tidakkah kamu memahaminya"
( Surah A'-An'am ayat 32 )
2)Kehidupan dunia jika dibandingkan dgn kehidupan akhirat hanyalah sedikit.
"Apakah kamu puas dgn kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat?Pada hal kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dgn kehidupan akhirat adalah sedikit.
( Surah At-Taubah ayat 38 )
3)Org yg bermegah-megah dan berbangga-bangga dgn banyaknya harta dan anak dlm kehidupan akan memperolehi azab Allah
" Maka jagalah harta benda dan anak-anak mrk menarik hatimu.Sesungguhnya Allah menghendaki dgn (memberi) harta benda dan anak-anak itu utk menyeksa mrk dlm kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mrk dlm keadaan kafir.
( Surah At'Taubah ayat 35 )
4)Kehidupan dunia ibarat air hujan yg turun dr langit lalu suburlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini pada hal tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering dan musnah krn terkena angin.
"Dan berilah perumpamaan kpd mereka(manusia) kehidupan dunia adalah air hujan yg kami turunkan dr langit ,maka menjadi subur krnnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini.,kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yg diterbangkan oleh angin .Dan adalah Allah Maha kuasa atas segala sesuatu"
( Surah Al'Kahfi ayat 45 )

No comments:

Post a Comment