Wednesday, August 26, 2009

KEISTIMEWAAN,KAEDAH & NIAT SEMBAHYANG SUNAT

1. TAHAJJUD.
Keistimewaan : Doa makbul, masin perkataan, tenang hati dan fikiran, dihormati masyarakat dan tiada sampai khianat manusia.
Kaedah : Sebaiknya dilakukan selepas pukul 12.00 malam apabila terjaga dari tidur.
Niat : “ Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala”.

2. TASBIH.
Keistimewaan : Diampunkan Allah semua dosa, yang baru, yang lama, yang terlanjur atau sengaja,yang kecil atau besar, yang nyata atau rahsia.
Kaedah : Dilakukan samada waktu siang atau malam empat rakaat semuanya. Jika siang empat rakaat satu salam,jika malam 2 raakat satu salam.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala”.

3. HAJAT.
Keistimewaan : Doa yang tidak ditolak ialah sembahyang sunat 12 rakaat.
Awas !! Jangan digunakan kepada perkara-perkara yang salah.
Kaedah : Boleh dilakukan samada dua rakaat, empat rakaat dengan satu salam atau 12 rakaat dengan satu salam pada setiap dua rakaat dan boleh juga dilakukan sebeberapa banyak rakaat yang terdaya. Sebaiknya dilakukan selepas 12.00 tengahmalam.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”.

4. ISTIKHARAH.
Keistimewaan : Untuk mendapat petunjuk Allah tentang sesuatu pilihan yang kelihatan sama baik. Allah yang lebih mengetahui manakah yang baik dari pada yang terbaik.
Kaedah : Dua rakaat, dilakukan sebaik-baiknya lewat tengah malam.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”

5. MALAM LAILATULQADAR.
Keistimewaan : Sekiranya sembahyang sunat itu bertepatan dengan malam LailatulQadar (salah satu malam kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan) ganjarannya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Kaedah : Dilakukan pada malam LailatulQadar, empat rakaat satu salam.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat malam LailatulQadar empat rakaat kerana Allah Taala.

6. TAHIYYATUL MASJID.
Keistimewaan : Rasulullah s.a.w pernah menegur seorang sahabat yang masuk kedalam masjid lalu terus duduk tanpa mengerjakan sunat Tahiyyatul terlebih dahulu.
Kaedah : Dua rakaat sebaik sahaja masuk kedalam masjid.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat kerana Allah Taala.




7. SUNAT REJAB.
Keistimewaan : Semoga hajatnya disampaikan Allah.
Kaedah : Dilakukan 12 rakaat pada hari Khamis pertama daripada bulan Rejab selepas berpuasa pada siangnya. Waktunya antara Isyak dan sepertiga daripada malam.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat Rejab dua rakaat kerana Allah Taala”.

8. NISFU SYAABAN.
Keistimewaan : Semoga panjang umur supaya banyak beribadat, semoga bertambah rezeki dari sumber yang halal, semoga tetap iman sehingga ke saat nyawa tercerai dari badan.
Kaedah : Dua rakaat selepas sembahyang Maghrib pada malam Nisfu Syaaban.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Taala”.

9. SUNAT KEBAJIKAN.
Kesitimewaan : Mudah-mudahan Allah memandang kepadanya dengan 70 pandangan dan menyampaikan 70 hajatnya daripada setiap pandangan itu semoga diampunkan segala dosa.
Kaedah : 100 rakaat dengan satu salam pada setiap dua rakaat pada malam ke 15 bulan Syaaban.
Niat : “Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Taala”.

10. SEMBAHYANG SUNAT SAFAR.
Keistimewaan : Dipelihara Allah dengan kemurahan-Nya daripada sekelian bala sehingga akhir tahun itu.
Kaedah : Dilakukan malam Rabu akhir bulan Safar, empat rakaat.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat tolak bala empat rakaat kerana Allah Taala”.

11. SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Kaedah : Dua rakaat pada Hari Raya Aidilfitri dengan berjemaah. Rakaat pertama tujuh kali takbir,rakaat kedua lima kali takbir.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat makmum kerana Allah Taala”.

12. SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILADHA.
Kaedah : Dua rakaat pada Hari Raya Aidiladha dengan berjemaah. Rakaat pertama tujuh kali takbir,rakaat kedua lima kali takbir.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha dua rakaat makmum kerana Allah Taala”.


13. SUNAT HADIAH.
Keistimewaan : Mengiringi kematian orang yang dikasihi dengan doa kepada Allah semoga mendapat keampunan dan rahmat-Nya dialam barzah sehingga hari kiamat.
Kaedah : Dua rakaat, dilakukan sebelah jenazah dikuburkan pada siangnya.Waktunya antara Maghrib dengan Isyak.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala”.

14. MALAM ISNIN.
Keistimewaan : Disampaikan hajat
Kaedah : Dilakukan pada malam Isnin sebanyak empat rakaat.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat empat rakaat kerana Allah Taala”.

15. MALAM SELASA.
Keistimewaan : Dibebaskan Allah daripada api neraka.Amalan ini pada hari kiamat menjadi pemimpin dan penunjuk baginya ke syurga.
Kaedah : Dua rakaat pada malam Selasa.
Niat : “Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Taala “.

16. MALAM RABU.
Keistimewaan : Turun dari tiap langit 70,000 malaikat menulis pahalanya sampai hari kiamat.
Kaedah : Dua rakaat pada malam Rabu.
Niat : “Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Taala”.

17. MALAM KHAMIS.
Keistimewaan : Dianugerahkan kepadanya apa yang dianugerahkan kepada orang-orang syahid dan syiddiq. Niatkan pahala untuk kedua ibubapa.
Kaedah : Dua rakaat pada malam Khamis antara Maghrib dengan Isyak.
Niat : “Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Taala”.

18. MALAM JUMAAT.
Kesitimewaan : Seolah-olah telah beribadah kepada Allah selama 12 tahun dengan puasa siangnya dan bangun mengerjakan solat malamnya.
Kaedah : 12 rakaat dengan enam salam pada malam Jumaat antara Maghrib dengan Isyak.
Niat : “Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Taala”.

19. MALAM SABTU.
Keistimewaan : Diberi Allah sebuah mahligai didalam syurga. Dengan mengerjakan solat ini seolah-olah dia telah bersedekah kepada mukmin, lelaki dan perempuan. Diampunkan Allah dosanya.
Kaedah : 12 rakaat dengan enam salam pada malam Sabtu antara Maghrib dengan Isyak.
Niat : “Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Taala”.
20. MALAM AHAD.
Keistimewaan : Dibangkitkan pada hari kiamat bersama orang-orang yang memperolehi keamanan. Berkas atas Allah memasukkannya bersama nabi kedalam syurga.
Kaedah : 20 rakaat pada malam Ahad.
Niat : “Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat kerana Allah Taala”

1 comment:

  1. Salam. Saya baca dlm seriap blog atau page, solat sunat malam ahad harus membaca surah al fatihah sebanyak 50 kali. It dikira seriap rakaat atau macam mana?

    ReplyDelete